Galeri foto

12 December, 2010

SET CADAR UNTUK DIJUAL

Home made,100% kain kapas,4 set sarung bantal dan 1 bantal peluk,mempunyai quilted(lapik)pada cadar dan juga sarung bantal,beropol,bersaiz queen,penghantaran percuma sekitar skudai,untuk tempahan warna dan saiz boleh dipilih.Sekiranya berminat boleh hubungi saya di talian 0137088150(Roza).
Harga dari RM 250 - RM300 bergantung pada saiz dan ropol.










28 November, 2010

Mulut

Salam,


Benar kata bidalan mulut manusia lebih tajam dari mata pedang. kerana mulut juala manusia boleh jadi huru hara dan kerana mulut juga segala kebaikan yg dihulurkan akan ditenggelamkan oleh keburukan yg sedikit itu..Memang manusia mudah lupa disangkakan diri sendiri terlalu baik hingga sanggup membuat oner demi utk meluahkan rasa hati yg panas sedang hakikatnya diri sendiri pun sama bila menceritakan perihal orang lain.Mudah2an semua dosa-dosa mulut ini diampunkan jua oleh yang ESA..bagi diri aku sendiri, aku ingatkan diri agar lebih berhati-hati dalam pergaulan antara manusia.Samada kawan,saudara atau sebagainya.Berpada-padalah dalam membuat kebaikan dan biarlah Allah yang menilai sejauhmana keikhlasan hati kita dalam berbakti kepada manusia dan juga selalulah muhasabah diri sendiri agar tidak tergelincir hingga mendatangkan fitnah dari mulut-mulut ini..Sebagai manusia biasa memang kita tidak mempunyai kesempurnaan dari apa segi sekalipun.Lantas janganlah kita cepat melatah,gunalah akal yang waras dalam menangani permasalahan ini..

20 October, 2010

Bersua Kembali..

Salam,
Sudah terlalu lama rasanya x menjengah di sini,al maklumlah kesibukan diri dan kerja membuatkan tidak berkesempatan utk menulis..beberapa bulan kebelakangan ini banyak sgt hal yang terjadi, ada sedih,pahit,masam dan juga manis itulah lumrah hidup orang katakan..
Dalam keghairahan dan keseronokan kita sehari-hari pasti akan ada satu saat yang membuatkan kita menangis.Begitu jugala keadaan yang aku alami beberapa bulan ni.Pahitnya saat itu.Sukarnya utk meneruskan hidup ini..Namun alhamdulillah berkat sokongan dari keluarga dan teman2 rapat,aku mampu bangkit dari kesengsaraan itu.Terima kasih ya Allah kerana memberi aku peluang untuk terus bernafas di atas bumimu ini.
Beberapa bulan kebelakangan ini juga aku kerap pulang ke kampung kerana bonda tercintaku sering tidak sihat.Sedikit gusar hati ini bila memikirkan keadaan bondaku..doaku tak putus2 kehadrat illahi moga bondaku diberi kesihatan yang baik.Sesungguhnya Allah itu maha mendengar bonda kembali pulih seperti biasa syukur padamu ya Allah..
Apa yang dapat aku simpulkan di sini,walau apapun keadaan kita samada dalam susah atau senang janganlah kita lupa untuk mengadu pada Allah.Hanya Dia mengetahui segala-galanya.

31 May, 2010

Motivasi Diri

 


MOTIVATION
When someone tells you that you can't do something...

Look around...
Consider all options...
Then GO for it!
Use all the things God gave you!
  Be creative!
  In the end, you will succeed and prove them wrong!
Always remember


"Nothing is impossible, if your heart is willing"
 
__._,_.___

22 March, 2010

Isnin yang ceria....

Assalamualaikum...
Hari pertama sekolah selepas seminggu sekolah cuti..rindu pada "anak2ku" terubat kini.Seawal pagi bibirku tak henti2 senyum, hmmm xtau nape rasa mcm excited sgt nak datang skolah pagi ni.mungkin sbb baru lepas jumpa buah hati semalam so dia punya keterujaan tu terbawa2 sampai pagi.hehehee
wajah2 "anak2ku" pun menyamankan perasaan aku pagi ni..seronok sgt layan diorg..stress semua hilang bila pandang muka "anak2ku" ini..ada masa rasa geram tapi kdg2 terhibur dengan gelagat mereka..haa hari ni ada satu cerita psl salah sorang dr anakku..masa tu aku berada kat kebun pend.khas bersama anak2 yg lain..tiba2 ada cikgu call katanya anakku yg sorang tu dah terbuang air besar dlm seluar..hmm mulanya aku geram tp bila pikirkan keadaan dia yg mcm tu,aku cpt2 bergegas ke kelas.sampai kt kelas aku tanya cikgu mana bdknya diorg kata xpasti..aku terus ke tandas..rupa2nya dia ada kt dlm tandas tgh melepas..bila dia nampak aku terus dia menjerit suka..dia bgtau aku dlm bahasa yg hanya kami yg faham yang dia buang air kt tandas bkn dalam seluar..aku terus bg pujian kt dia..dlm hati aku rasa sebak sgt..betapa dia cuba utk tdk menyusahkan aku.aku terus cuci dan pakaikan dia seluar..dia ketawa saja..tak lama lps tu mak dia dtg utk amik dia.Aku maklumkan pada mak dia esok aku cuti sbb ada hal nak diuruskan.mak dia bgtau esok aku xde dn tanya dia nk dtg skolah ke x..dia gelengkan kepala.so mak dia decide nak cutikan dia jgak sbb aku xde..so touching..inilah anakku yg menghiburkan tu...comelkan?? nama dia lee jia jing tp kami panggil di a weng.

21 March, 2010

KENALI ANAK ANDA

Adakah anak anda mempunyai ciri-ciri murid Berkeperluan khas???
Ramai ibu bapa yang beranggapan bahawa kelas Pendidikan Khas adalah khusus untuk anak-anak cacat fizikal atau mental sahaja. Sebenarnya tanggapan ini salah!.

Sebenarnya selain daripada menempatkan anak-anak yang mempunyai kecacatan fizikal dan mental yang minima, Kelas Pendidikan Khas juga bertanggungjawab mendidik murid-murid yang secara fizikalnya normal tetapi lemah dalam pembelajaran (lembam). Apabila salah tanggapan ini tidak diperbetulkan maka anak-anak lah yang akan jadi mangsa.

Ini kerana anak-anak yang berkeperluan khas ini apabila terus belajar di kelas perdana, mereka akan jauh ketinggalan kerana anak-anak ini tidak mampu bersaing dengan rakan rakan sebaya mereka.

Kanak-kanak berkeperluan khas

"Individuals who differ from soceital or community standards of normalcy. These differences may be due to significant physical,sensory,cognitif,or behavioral caracteristics. Many of these children may require educational programs customized to their unique needs." [Garciulo (2003)]

McDonnell et al (1995) mengklasifikasikan pelajar-pelajar berkeperluan khas kepada rencatan akal, gangguan tingkah laku,autisme,gangguan pembelajaran,kecacatan deria serta kecacatan fizikal dan kesihatan yang lain. Ada juga di kalangan kanak-kanak istimewa ini mempunyai gangguan yang pelbagai (sebagai contoh, rencatan akal dan gengguan tingkah laku)

Gargiulo M.R pula mengkategorikan kanak-kanak berkeperluan khas kepada sembilan kategori iaitu:-

1. Terencat akal (Mental Retardation)
2. Kurang upaya dalam pembelajaran (learning disability)
3. Kecelaruan emosi dan tingkah laku ( Emotional or behavioral disorders)
4. Pintar cerdas dan berbakat (Gifted and talented)
5. Masalah bahasa dan pertuturan ( Speech and language disoders)
6. Masalah pendengaran (Hearing Impairment)
7. Masalah penglihatan (Visual Impairment)
8. Kecelaruan Spektrum Autisma (Autism Spectrum Disorder)
9. Kurang upaya Fizikal atau masalah kesihatan ( Physical or health disability)

Masalah Pembelajaran

Murid bermasalah pembelajaran adalah kanak-kanak yang mempunyai masalah kognitif (kerencatan akal) yang dianggap boleh diajar (educable) dan boleh mendapat manfaat pendidikan formal. Kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran di bawah tanggungjawab Kementerian Pelajaran Malaysia ialah:-

1. Sindrom Down
2. Autisme ringan
3. Hiperaktif (Attention Deficit-Hyperactivity Disoders/ADHD)
4. Terencat akal minima
5. Kurang upaya dalam pembelajaran (Learning Disability)
6. Kurang upaya dalam pembelajaran khusus ( Contoh : Disleksia)

Ibu bapa yang peka dan prihatin terhadap masalah anak-anak sudah tentulah tidak mahu anak-anak mereka jauh tertinggal dalam pelajaran. Oleh itu sekiranya ada anak-anak yang mempunyai ciri-ciri di atas, adalah lebih baik membawa anak anda menjalani pemeriksaan doktor di Hospital Kerajaan bagi mengesahkan Ketidakupayaan anak-anak anda.

Banyak keistimewaan yang anak-anak istimewa ini akan perolehi. Jangan dipersiakan hidup anak-anak berkeperluan khas ini. Keegoan ibu bapa akan memalapkan masa depan anak-anak istimewa ini.

Kelas yang ditawarkan ialah:-

1- Kelas Pendidikan Khas Pra sekolah
2- Kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran
3- Kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran
4-Kelas Pendidikan Khas Bermasalah Penglihatan

Heningnya pagi..

Salam..selamat pagi.
Cuaca dingin je pagi ni sedingin jiwaku yang masih berbaki dengan kesedihan mlm tadi..huhu...tp ada jgak penawarnya bilamana mendpt call dr org yg bertakhta dihati..hehehe terubat sikit laraku malm tadi.Tq dear mcm tau2 je aku tgh sedeykan..dan apa yang paling best si die nak balik jb hari ni!! yahooo..........tak sabar rasanye nk jumpa buah hatiku...al maklumla PJJ katakan..........
kawan2,doa2kanla utk aku agar kepulangannya kali ini ada berita baik utk aku ya..berbunga2 hati ini rasa..senyum sampai ke telinga.;
hmm..nak mandi dulula..nnt sambung lagi ya..dada.......