Galeri foto

22 March, 2010

Isnin yang ceria....

Assalamualaikum...
Hari pertama sekolah selepas seminggu sekolah cuti..rindu pada "anak2ku" terubat kini.Seawal pagi bibirku tak henti2 senyum, hmmm xtau nape rasa mcm excited sgt nak datang skolah pagi ni.mungkin sbb baru lepas jumpa buah hati semalam so dia punya keterujaan tu terbawa2 sampai pagi.hehehee
wajah2 "anak2ku" pun menyamankan perasaan aku pagi ni..seronok sgt layan diorg..stress semua hilang bila pandang muka "anak2ku" ini..ada masa rasa geram tapi kdg2 terhibur dengan gelagat mereka..haa hari ni ada satu cerita psl salah sorang dr anakku..masa tu aku berada kat kebun pend.khas bersama anak2 yg lain..tiba2 ada cikgu call katanya anakku yg sorang tu dah terbuang air besar dlm seluar..hmm mulanya aku geram tp bila pikirkan keadaan dia yg mcm tu,aku cpt2 bergegas ke kelas.sampai kt kelas aku tanya cikgu mana bdknya diorg kata xpasti..aku terus ke tandas..rupa2nya dia ada kt dlm tandas tgh melepas..bila dia nampak aku terus dia menjerit suka..dia bgtau aku dlm bahasa yg hanya kami yg faham yang dia buang air kt tandas bkn dalam seluar..aku terus bg pujian kt dia..dlm hati aku rasa sebak sgt..betapa dia cuba utk tdk menyusahkan aku.aku terus cuci dan pakaikan dia seluar..dia ketawa saja..tak lama lps tu mak dia dtg utk amik dia.Aku maklumkan pada mak dia esok aku cuti sbb ada hal nak diuruskan.mak dia bgtau esok aku xde dn tanya dia nk dtg skolah ke x..dia gelengkan kepala.so mak dia decide nak cutikan dia jgak sbb aku xde..so touching..inilah anakku yg menghiburkan tu...comelkan?? nama dia lee jia jing tp kami panggil di a weng.

21 March, 2010

KENALI ANAK ANDA

Adakah anak anda mempunyai ciri-ciri murid Berkeperluan khas???
Ramai ibu bapa yang beranggapan bahawa kelas Pendidikan Khas adalah khusus untuk anak-anak cacat fizikal atau mental sahaja. Sebenarnya tanggapan ini salah!.

Sebenarnya selain daripada menempatkan anak-anak yang mempunyai kecacatan fizikal dan mental yang minima, Kelas Pendidikan Khas juga bertanggungjawab mendidik murid-murid yang secara fizikalnya normal tetapi lemah dalam pembelajaran (lembam). Apabila salah tanggapan ini tidak diperbetulkan maka anak-anak lah yang akan jadi mangsa.

Ini kerana anak-anak yang berkeperluan khas ini apabila terus belajar di kelas perdana, mereka akan jauh ketinggalan kerana anak-anak ini tidak mampu bersaing dengan rakan rakan sebaya mereka.

Kanak-kanak berkeperluan khas

"Individuals who differ from soceital or community standards of normalcy. These differences may be due to significant physical,sensory,cognitif,or behavioral caracteristics. Many of these children may require educational programs customized to their unique needs." [Garciulo (2003)]

McDonnell et al (1995) mengklasifikasikan pelajar-pelajar berkeperluan khas kepada rencatan akal, gangguan tingkah laku,autisme,gangguan pembelajaran,kecacatan deria serta kecacatan fizikal dan kesihatan yang lain. Ada juga di kalangan kanak-kanak istimewa ini mempunyai gangguan yang pelbagai (sebagai contoh, rencatan akal dan gengguan tingkah laku)

Gargiulo M.R pula mengkategorikan kanak-kanak berkeperluan khas kepada sembilan kategori iaitu:-

1. Terencat akal (Mental Retardation)
2. Kurang upaya dalam pembelajaran (learning disability)
3. Kecelaruan emosi dan tingkah laku ( Emotional or behavioral disorders)
4. Pintar cerdas dan berbakat (Gifted and talented)
5. Masalah bahasa dan pertuturan ( Speech and language disoders)
6. Masalah pendengaran (Hearing Impairment)
7. Masalah penglihatan (Visual Impairment)
8. Kecelaruan Spektrum Autisma (Autism Spectrum Disorder)
9. Kurang upaya Fizikal atau masalah kesihatan ( Physical or health disability)

Masalah Pembelajaran

Murid bermasalah pembelajaran adalah kanak-kanak yang mempunyai masalah kognitif (kerencatan akal) yang dianggap boleh diajar (educable) dan boleh mendapat manfaat pendidikan formal. Kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran di bawah tanggungjawab Kementerian Pelajaran Malaysia ialah:-

1. Sindrom Down
2. Autisme ringan
3. Hiperaktif (Attention Deficit-Hyperactivity Disoders/ADHD)
4. Terencat akal minima
5. Kurang upaya dalam pembelajaran (Learning Disability)
6. Kurang upaya dalam pembelajaran khusus ( Contoh : Disleksia)

Ibu bapa yang peka dan prihatin terhadap masalah anak-anak sudah tentulah tidak mahu anak-anak mereka jauh tertinggal dalam pelajaran. Oleh itu sekiranya ada anak-anak yang mempunyai ciri-ciri di atas, adalah lebih baik membawa anak anda menjalani pemeriksaan doktor di Hospital Kerajaan bagi mengesahkan Ketidakupayaan anak-anak anda.

Banyak keistimewaan yang anak-anak istimewa ini akan perolehi. Jangan dipersiakan hidup anak-anak berkeperluan khas ini. Keegoan ibu bapa akan memalapkan masa depan anak-anak istimewa ini.

Kelas yang ditawarkan ialah:-

1- Kelas Pendidikan Khas Pra sekolah
2- Kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran
3- Kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran
4-Kelas Pendidikan Khas Bermasalah Penglihatan

Heningnya pagi..

Salam..selamat pagi.
Cuaca dingin je pagi ni sedingin jiwaku yang masih berbaki dengan kesedihan mlm tadi..huhu...tp ada jgak penawarnya bilamana mendpt call dr org yg bertakhta dihati..hehehe terubat sikit laraku malm tadi.Tq dear mcm tau2 je aku tgh sedeykan..dan apa yang paling best si die nak balik jb hari ni!! yahooo..........tak sabar rasanye nk jumpa buah hatiku...al maklumla PJJ katakan..........
kawan2,doa2kanla utk aku agar kepulangannya kali ini ada berita baik utk aku ya..berbunga2 hati ini rasa..senyum sampai ke telinga.;
hmm..nak mandi dulula..nnt sambung lagi ya..dada.......

malam yg panjang....


Selalu aku mengalami masalah susah untuk tido..dah mcm2 cara aku buat tp mata ni ttp xmau lelap.hmmm tau jela kalu dah terkebil2 mcm ni, byk bendala yg bermain dikepala.ini yang aku paling tak suka.kalu boleh aku xnak beratkan kepala aku dgn memikirkan hal2 yg memeningkan kepala aku yang selalu pening ni.
Di saat ini aku terkenangkan bondaku kt kg..apa khabarla agaknya bondaku..aku slalu doakan bondaku sentiasa dlm LindunganNya..aku rindu sgt2 pd bondaku..tibe2 je airmataku menitis laju..kalaula aku ada kuasa,ingin ku terbang skg juga utk memeluk tubuh tua bondaku yg sgt aku sayangi.namun apakan daya aku hanya makhluk tuhan yg tdk mempunyai kuasa sebesar itu...wahai ibuku aku asal kau tahu aku amat menyayangimu walau aku jauh dari pandangan matamu namun kau begitu dekat dihatiku..sesungguhnya aku amat menghargai dan menyanjung tinggi segala pengorbananmu...i love you mum.

20 March, 2010

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni pertama kali aku menulis di dalam blog yang baru dicipta beberapa minit yang lalu...hmm alhamdulillah akhirnya aku dah punya tempat utk meluahkan segala rasa hati,pendapat dan juga pandangan..aku harap kawan2 sume sudi2kanlah utk melawat aku disini dan boleh sama2 bertukar pendapat dan pandangan untuk dikongsi bersama..wassalam